Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania kembali menjadi bualan netizen apabila ibunya telah mengesahkan perkahwinannya bersama Aslam di Thailand. Madu kepadanya, Umisya Mazlan pula mengakui dirinya kini telah reda dan cuba berdamai dengan takdir.

Masih bersama dengan suami

Menurut Misya, dia masih setia bersama Aslam meskipun sudah mempunyai madu. Dia juga mendedahkan tiada penceraian yang bakal berlaku antara mereka berdua. Tambah Misya, dia sudah mula berdamai dan menerima hakikat suaminya bernikah dengan Marissa.

Rela dengan ujian berpoligami
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menyifatkan segala yang terjadi pada dirinya ini sebagai satu ujian rumah tangga. Dirinya reda dengan apa yang ada dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan mereka bertiga sebagai keluarga.
Terdahulu, Abby Abadi telah mengiyakan pernikahan Marissa dan Aslam di Thailand. Dia juga telah mendedahkan kronologi pada hari kejadian dan bagaimana dirinya mendapat tahu bahawa Marissa sudah berada di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *