Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dia adalah di sebalik penangkapan khalwat di antara suaminya, Aliff Aziz dengan aktres Ruhainies baru-baru ini.
Nafi rancang penangkapan khalwat
Ujar Bella, dia mengakui terkejut dan terkedu apabila menerima berita mengenai tangkapan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.


Maklum Bella lagi, dia kini memilih untuk reda dalam berdepan ujian tersebut selain berusaha untuk melupakan insiden pahit dilalui.


Terdahulu, Bella telah memfailkan cerai terhadap Aliff secara ‘ekspres’ namun tertunda kerana suaminya tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.
Source :