Kuala Lumpur: Lagu Hasrat nyanyian dan ciptaan Amir Jahari layak diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) kerana ia lagu ‘major’ yang memiliki sesuatu dalam garapan melodinya.

Ketua juri AJL38, Datuk Mokhzani Ismail berkata, Hasrat juga berada di satu tahap lebih tinggi daripada lagu lain.

“Mencipta lagu ‘major’ sangat sukar. Kalau sebelum ini, kita ada beberapa lagu ‘major’ contohnya lagu Yuna. Malam ini, Hasrat adalah satu ciptaan lagu ‘major’ yang berkualiti. Kita dapat rasakan sesuatu.

“Bukan bermakna lagu lain tak bagus. Tapi, Hasrat berada di satu tahap yang lebih tinggi daripada lagu lain. Lagu itu senang dinyanyikan, ‘catchy’ dan ada sesuatu dalam garapan melodinya.

“Ditambah pula dengan iringan orkestra pada malam ini, ia menjadi lebih baik. Jadi, kesemua juri bersepakat dan setuju untuk menempatkannya di posisi juara,” katanya dalam sidang media selepas AJL38 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mokhzani berkata, hanya ada perbezaan tipis antara markah yang diberikan kepada Hasrat dan lagu di tempat kedua iaitu Sutera nyanyian Aisha Retno.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *