Bekas suami kepada pelakon jelita, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob baru-baru ini  telah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah hantaran yang menunjukkan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan persoalan.

Sudah ada pengganti

Bukan itu sahaja, sebuah hantaran lain juga dikongsikan  dengan kapsyen yang seolah-olah mengatakan perempuan tersebut merupakan cinta hatinya dan pengganti baru. Meskipun wajahnya ditutup, kelihatan wanita tersebut ayu bertudung.

Raf juga berkongsi detik pertama dirinya berjumpa dengan wanita yang berjaya menambat hatinya itu.

Namun begitu, ramai pengguna media sosial sukar untuk mempercayai hantaran tersebut dan membuat spekulasi itu hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan produk yang bakal dilancarkan oleh pempengaruh itu.

Tetapi ada juga yang mengucapkan tahniah jika benar Raf sudah bertemu dengan pasangan baru.

raf

Terdahulu, media sosial digemparkan dengan berita perpisahan Raf Yaakob dan Mawar Rashid pada November lepas setelah sah bergelar suami isteri pada 2017 lalu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *