Kuala Lumpur : Pelakon Harris Alif yang bergelar bapa pada usia muda menjelaskan seseorang itu akan menjadi lebih matang apabila sudah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.
Meskipun baru berusia 24 tahun, Harris yang juga penyanyi itu dipuji kerana peribadinya yang lebih terurus dan tersusun berbanding jejaka seusianya.
“Sebenarnya bukan saya saja tapi semua orang. Apa yang mematangkan kita, menerusi apa yang sudah dilalui atau ditempuhi oleh seseorang individu itu sendiri.
“Sebab setiap benda, setiap ujian ke apa, benda yang kita lalui, itulah dia macam ujian yang mematangkan seseorang. Proses yang dilalui itu menjadikan seseorang itu lebih matang dari usianya.
“Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang ke dia tak boleh. Ini semua bukan boleh dibuat-buat.
“Ini kerana semua proses ini berlaku secara semula jadi,” kata Harris.
Menerusi perkongsian sama, Harris mendedahkan tiada tips khusus baginya untuk menjadi matang malah ia hanya luahan melalui pandangan peribadinya.
Untuk info, Harris mendirikan rumah tangga dengan Intan pada Februari 2021 ketika usianya 21 tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 2.
Selain itu, Intan atau nama lengkapnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Kredit: Harian Metro