Kuala Lumpur: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyifatkan pemergian tiga tokoh seni tanah air sebagai kehilangan besar buat negara.  

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, kematian Ibnor Riza, Lewis Pragasam dan Datuk M Daud Kilau dalam tempoh dua hari sememangnya amat mengejutkan.

“Ketiga-tiga individu ini sememangnya mempunyai jasa yang amat besar buat industri seni Negara dimana 

lagu-lagu malar segar mereka telah menghiburkan kita selama berdekad -dekad.

“Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser, Datuk M Daud Kilau akibat pelbagai komplikasi penyakit dan 

maestro drum Lewis Pragasam pula akibat serangan jantung.

“Mereka semua ini adalah ahli aktif Karyawan yang sering turun di dalam aktiviti persatuan sepanjang hayat 

mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Karyawan juga turut membantu mereka dengan pelbagai cara yang termampu apabila mereka 

mengalami keuzuran.

Karyawan didaftarkan secara rasminya pada 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *