Kuala Lumpur: “Memang semua rakan-rakan seperjuangan saya, dan saya dah kenal mereka hampir 50 tahun. 

“Kami menyanyi bersama, kami sepentas dan pelbagai aktiviti telah dijalani bersama-sama,”. 

Demikian kenyataan penyanyi terkenal Datuk DJ Dave mengulas kehilangan seorang demi seorang rakannya dalam industri seni tanah air. 

DJ Dave, 75, yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) berkata, dia baru sahaja menziarahi mendiang Lewis Pragasam jam 4 petang tadi yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan pada jam 3 pagi, hari ini. 

“Kemudian saya pulang dan tak sampai sejam, saya dimaklumkan oleh Datuk Nancie Foo yang Datuk M Daud Kilau meninggal dunia jam 4.40 petang. Sekarang saya dengar pula berita sedih dari Teluk Intan

“Saya agak terkejut lalu menghubungi anaknya, Zaini untuk pengesahan. Arwah berumur 85 tahun telah menerima bantuan pencen dari YKAT sejak Mac 2020.

“Kita kehilangan seorang lagi tokoh muzik, seorang yang termasyhur. Kami dari YKAT mengucapkan takziah kepada semua keluarga. Al-Fatihah kepada mereka. 

“Kita berdoa sahaja semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Insya-Allah kalau diizinkan esok kami akan menziarahi arwah di Teluk Intan,” katanya. 

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *