Mantan peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz mengakui dirinya kini ingin mengambil masa berehat dari industri seni bagi mengalihkan fokusnya kembali kepada meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak. Katanya, disebabkan pertandingan dan kerja yang lain membuatkan dirinya semakin susah mempunyai masa dengan keluarga.

Tambah Aliff, kerja yang berturut-turut itu membuatkan dirinya cepat merasa tiada mood kerana penat dan hilang energi semasa bekerja. Disebabkan itu, dirinya mengambil keputusan untuk mengambil masa untuk bersama keluarga kini.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Kalau Cinta ini juga berharap dengan adanya rehat yang cukup, dia dapat kembali dengan kondisi yang lebih baik lebih-lebih dengan single terbarunya yang akan datang.

Pada masa yang sama, selaku aktor juga, Aliff sedang merancang untuk meneliti tawaran-tawaran kerja lakonan yang ditawarkan oleh pihak produksi kepadanya. Setelah mengambil sedikit masa untuk berehat dari industri seni, Aliff bakal kembali menghiburi para peminatnya.

kreadit : beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *