KUALA LUMPUR: Penyanyi Afgan meluahkan rasa terharu apabila peminat menjadikan lagunya sebagai pengubat ketika jiwa dilanda kesedihan.

Penyanyi kacak itu berkongsi perasaan pada Afgan Live In Consert With Orchestra di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.

“Setiap kali saya menyanyi, ramai akan ‘curhat ‘ (singkatan kepada curah perasaan) dengan saya.

“Lagu saya sudah menjadi ‘soundtrack’ hidup mereka saat bahagia dan sedih.

“Rasa terharu sangat apabila lagu saya menjadi pilihan peminat. Kalian menjadi penguat sampai saya mampu bertahan hingga kini,” katanya di hadapan kira-kira 3,000 peminat sebelum menyampaikan lagu Setia Menunggu.

Konsert itu turut menyaksikan Afgan berpadu suara dengan Raisa menyampaikan lagu Percayalah.

Antara lagu yang didendangkan Afgan adalah Jalan Terus, Mengertilah Kasih, Ada, Kunci Hati, Knock Me Out, Untukmu Aju Bertahan, Kumohon dan Kali Kedua. Foto Ihsan Renjana Idea Sdn Bhd
Antara lagu yang didendangkan Afgan adalah Jalan Terus, Mengertilah Kasih, Ada, Kunci Hati, Knock Me Out, Untukmu Aju Bertahan, Kumohon dan Kali Kedua. Foto Ihsan Renjana Idea Sdn Bhd

“Lagu ini dihasilkan pada 2016. Saya tahu lagu ini cukup dinikmati peminat di Malaysia. Ini kali pertama kami menyanyikan lagu ini di hadapan peminat di sini,” katanya.

Pada konsert lebih dua jam itu, Afgan atau nama lengkap Afgansyah Reza menyampaikan 25 lagu diiringi 25 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

Antara lagu yang didendangkan adalah Jalan Terus, Mengertilah Kasih, Ada, Kunci Hati, Knock Me Out, Untukmu Aju Bertahan, Kumohon dan Kali Kedua.

Tidak ketinggalan Lestari Merdu, Bukan Cinta Biasa. Jodoh Pasti Bertemu, Kau Dengannya Ku Dengan Dia dan Bawalah Daku Pergi yang menutup konsert.

Ini adalah kali kedua Afgan menjayakan konsert di KLCC selepas kejayaan Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur, tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *