ANNYEONGHASEYO! Industri hiburan Korea Selatan tidak terlepas daripada kisah sedih penggiat seni di sana terutama pembikin filem veteran yang cukup terkesan dengan kesulitan mencari rezeki.
Situasi itu juga ternyata memilukan hati pelakon Lee Jung Jae.
Berita mengenai mereka bergelut sehingga terpaksa meninggalkan industri benar-benar membuatkan dia sedih.ADVERTISING
“Mendengar mengenai kesulitan dialami mereka, terutama berkaitan jatuh miskin dan sakit, membuatkan saya rasa sedih yang sangat mendalam,” kata Jung Jae.
Justeru, dia tidak ingin berdiam diri dan tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda prihatin dengan nasib mereka. Bantuan berupa dana wang itu dibuatnya daripada hasil pendapatan sendiri.
Jung Jae yang menerima pengiktirafan Beautiful Artist Award daripada Shin Young Kyun Arts and Culture Foundation (SYKACF) baru-baru ini memutuskan untuk derma keseluruhan wang kemenangannya berjumlah RM180,000 demi membantu pembikin filem veteran.
Berita gembira itu dimaklumkan persatuan berkenaan baru-baru ini. Jung Jae dikatakan merancang untuk sampaikan secara rasmi sumbangan itu kepada Persatuan Filem Veteran (FVA) pada 4 Disember ini.ADVERTISING
Majlis berkenaan bakal disempurnakan dengan kehadiran Presiden SYKACF, Lee Hae Ryong serta Setiausaha General FVA, Moon Cheol Jae.
Keputusan Jung Jae itu didorong rasa empati terhadap golongan terbabit. Mana tidak, mereka berkorban sejak usia muda, namun berakhir dengan kesusahan hidup selepas bertahun-tahun lamanya.
Persatuan itu turut berkongsi jenama Harim Co Ltd yang menggunakan Jung Jae sebagai modelnya yang juga akan menghulurkan derma berupa bekalan makanan. Syarikat Ceragem pula menyumbang peralatan perubatan.
Baru-baru ini, persatuan terbabit turut memberi penghormatan kepada beberapa nama besar dalam industri termasuk Lee Soon Jae, Jo In Sung, Kim Seo Hyung dan pengarah Im Kwon Taek sebagai penerima anugerah pada 13th Beautiful Artist Award.
Setiap mereka dihadiahkan wang tunai berjumlah RM72,000 berserta trofi. Pengiktirafan itu sebagai memperingati sumbangan mereka dalam industri seni.
Kredit: Harian Metro