Kuala Lumpur : “Kalau tiada di tempat kejadian jangan memandai-mandai. Sudut dan sisi yang anda lihat kelihatan begitu (sangat rapat). Saya masih tahu batas.”

Ini kata pelakon popular, Uqasha Senrose selepas dikecam teruk netizen apabila dikatakan bergambar terlalu rapat dengan pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Menerusi perkongsian itu, Uqasha turut meminta individu yang menegurnya supaya melihat foto berkenaan dengan jelas dan tidak bercakap sebarangan.

“Cuba tengok betul-betul. Saya langsung tak rapat dengan ustaz. Tolong jangan nak main cakap saja,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam hantaran sama, suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli turut tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai foto yang dikatakan terlalu rapat antara Uqasha dan Azhar.

“Mohon yang lain bersabar. Kalau rapat sangat saya sendiri akan tegur dulu. Jangan mudah nak menaip saja, kalau rapat sangat sudah pasti ustaz dah lari. Sudahlah, hentikan semua ini,” katanya.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *