Antara band Orang Asli yang bertanding

Kuala Lumpur: Pertandingan ASLI Battle of the Bands (ABOTBA) yang julung kali diadakan akan melabuhkan tirai pada 18 November ini di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Saringan yang berlangsung sejak 14 Oktober sehingga 5 November lalu membabitkan daerah Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Klang, Gombak dan Petaling menyaksikan penyertaan hampir 30 kumpulan membabitkan 150 peserta Orang Asli.

Pengerusi Biro Belia & NGO Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Selangor, Syahrizal Ismail berkata, pencarian ini akhirnya berjaya mengenalpasti lapan kumpulan berbakat besar yang terpilih ke pertandingan akhir.

“Idea penganjuran ini dicetuskan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah kerana terdapat 74 penempatan atau Kampung Orang Asli yang masih wujud di sekitar lima daerah di Negeri Selangor.

kreadit : hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *