LAIN daripada kebiasaan yang ada dalam filem Thailand yang pernah saya tonton.

Jika filem seram dari negara gajah putih itu kebanyakannya membawa tema seram dari agama Buddha, kali ini filem berjudul Khong-Khaek: The Djinn’s Curse ini mengangkat kisah seram dalam komuniti Islam di Thailand.

Secara ringkasnya, Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan mengenai keluarga kecil yang berpindah ke pekan kecil di Selatan Thailand.

Siapa sangka, rumah lama yang mereka sewa menyimpan rahsia besar dan kisah menyeramkan berkaitan jin dan saka yang dimiliki pemilik asalnya.

Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagiDaftar SekarangDengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma
Penggunaan dan Polisi PrivasiDisyorkan

Bermula dengan pertengkaran kecil dalam hubungan suami isteri, mereka muka dihantui pelbagai insiden menyeramkan yang meragut nyawa seorang anak mereka.

Itu semua berlaku kerana dendam, kecurangan, sihir dan pelbagai elemen negatif lagi.

Namun, semuanya berbalik kepada satu perkara yang menjadi punca utama permasalahan dalam keluarga mereka, yang mana perlu anda tonton sendiri.

KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse tidak dapat menandingi filem Thailand yang lebih seram.
KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse tidak dapat menandingi filem Thailand yang lebih seram.

Dari sudut keseraman, saya rasa ini bukan filem yang terlalu menyeramkan kerana saya pernah menonton filem Thailand yang lebih seram sebelum ini.

Sedikit sebanyak, ia mengingatkan saya kepada filem Munafik, Khurafat: Perjanjian Syaitan dan sebagainya. Mungkin kerana tema agama yang disajikan dalam filem ini lebih kurang sama.

Namun, kalau nak dibandingkan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse dengan dua filem tempatan kita itu, memang jauh ‘terpelanting’ filem Thailand ini kerana rasanya tak setanding langsung.

Banyak bahagian yang longgar, terutama jalan ceritanya yang sedikit sebanyak membawa kekeliruan dalam fikiran saya.

KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse bukan filem yang terlalu menyeramkan.
KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse bukan filem yang terlalu menyeramkan.

Babak imbas semula yang tidak teratur dan tiada penjelasan kukuh umpama merumitkan keadaan. Penampilan watak yang ada kaitan dengan masa silam juga umpama tidak ada penjelasan yang wajar.

Yang pasti, Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mungkin akan menjadi filem yang dinanti-nantikan oleh anda, peminat filem seram dari Thailand.

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *