Seorang individu di aplikasi X ada membuat pendedahan mengenai abang kepada bakal isteri kepada Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai ‘sayang’.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa abang ‘sayang’ telah berhutang sebanyak RM12,000 dan culas membayarnya.

X
Tulis individu itu lagi, dia tidak mempunyai cara lain melainkan untuk menularkan perkara itu di media sosial.
Penyanyi Sufian Suhaimi turut membalas kenyataan wanita itu dan memaklumkan bahawa kekasihnya itu tidak mempunyai abang kandung bernama Alif Al Sadat.

Terdahulu, Sufian telah selamat menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga kekasihnya yang dikenali sebagai ‘sayang’ pada hujung minggu lalu.

Penyanyi lagu Di Matamu itu sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy namun putus beberapa bulan kemudian.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/suruh-bakal-adik-ipar-kau-bayar-individu-dedah-abang-bakal-isteri-sufian-suhaimi-berhutang-rm12k-penat-mengemis/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *