Shah Alam: Persembahan berkonsepkan solidariti kepada Palestin pada konsert minggu kedua Famili Duo musim ketiga (FD3) berjaya mengangkat pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sebagai Duo Terbaik.

Pada konsert yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Studio TV3, Glenmarie, malam tadi, pasangan itu mendendangkan lagu  medley Earth Song dan We Will Not Go Die dengan baik serta berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Pasangan Haqiem dan Ariff berjaya mendapat markah sebanyak  60.9 markah meninggalkan lima pasangan lain iaitu Shila Amzah dan Syahir Akzah (45.4 markah) Syarif dan Shaiful Zero (33.1 markah); Adira dan Emma Suhaimi (45.3 markah); Tom dan Fuad Rahman (32.8 markah) serta Ryan dan Adam Bakery (22.5 markah).

Selain menerima pujian juri tetap, Ajai dan Mas Idayu yang menyifatkan pasangan itu berjaya membawa lagu nyanyian asal Michael Jackson dan Michael Heart itu dengan baik, lantas menyentuh emosi penonton.

Sempena kemenangan itu, Haqiem dan Ariff memilih tema Rock Medley – Slow or fast untuk dipersembahkan  pada konsert minggu ketiga, Ahad depan.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *