Tidak sangka dipanggil untul menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah, suami kepada pelakon kontroversial, Mawar Rashid, iaitu Raf Yakoob berkongsi berita gembira di Instagram.
Berdasarkan perkongsian itu, Raf sepatutnya pulang ke Kelantan untuk menziarahi Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa (MIAH) apabila dikejutkan dengan peluang untuk ke Makkah.



Namun begitu, ada juga yang tidak turut gembira dengan berita tersebut. Apabila meninjau ke ruangan komen, seorang individu telah meninggalkan komen ‘pedas’ berkenaan Mawar, isterinya.

Tak lama kemudian, suami kepada pelakon jelita itu membalas dengan mangajak individu itu untuk berdepan dengannya sendiri di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sebelum berangkat ke Makkah.
Tak mahu kalah, individu tersebut kembali membalas kepada Raf, menyatakan tidak perlu berjumpa. Sebaliknya, berhadapan lah sendiri dengan yang Maha Esa.
Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/bini-kau-buka-tudung-kau-tak-rasa-malu-ke-ada-yang-komen-kurang-ajar-raf-yakoob-ajak-berjumpa/