DJ Sonic berkongsi kecederaan dialami.

Kuala Lumpur: Penyampai radio, Awang Suffian Awang Hussein, 44, atau lebih dikenali sebagai DJ Sonic mengalami kecederaan di kelopak atas mata ketika mahu mandi di rumahnya hari ini.

Calon Top 5 kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu berdoa dipermudahkan urusan dan berharap kecederaan dialami tidak begitu serius.

“Doakan urusan saya. Masa nak mandi tadi jatuh. Koyak atas mata. Doakan Allah mudahkan urusan saya. Kena lima jahitan,’ tulisnya di Instagramnya.

DJ Sonic juga penyampai radio Nasional FM yang berasal dari Sibu, Sarawak berkata, dia perlu kuat kerana malam ini akan mengacarakan konsert di Sibujaya.

“Doktor yang rawat tadi pun tau yang saya nak beraksi malam nie. Jadi doktor kata, dia jahit halus-halus. No worries (Jangan bimbang) saya ok,” katanya.

DJ Sonic yang dikenali dengan ‘trademark’ kemahiran bercakap laju turut mengajak peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Cuma nak doa kalian untuk saya diberikan kesihatan paling tertinggi,” katanya.

Menerusi komen pula, rakan-rakan penggiat seni mendoakan agar DJ Sonic cepat sembuh dan memberikan kata-kata semangat agar dia mengacarakan program dengan baik malam ini.

kreadit : harianmetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *