Baru-baru ini, ketika ditemubual oleh pihal Melodi TV3, bekas suami penyanyi Fyna Jebat iaitu Datuk Zainal Abidin memilih untuk tidak mengulas kontroversi rumah tangganya.
Zainal yang merupakan jurulatih bola sepak hanya mendiamkan diri apabila diajukan soalan mengenai Fyna dan bertegas bahawa buat masa ini kerjaya adalah fokus utama.

Dalam pada masa yang sama, bekas suami Fyna itu meminta orang ramai mendoakannya agar dapat kejayaan dalam hidup.
Sebelum ini, Fyna mengesahkan bahawa sudah berkahwin dengan Datuk Zainal Abidin secara rahsia pada Januari lalu tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama selepas mereka dilaporkan berpisah pada Mei lalu.
Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/video-hal-privasi-tolong-hormati-zainal-abidin-enggan-ulas-hubungan-dengan-fyna-jebat-lebih-fokus-kerjaya/