Baru-baru ini, kemunculan isteri pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam sesi siaran langsung di TikTok isteri pelakon, Azlan Komeng telah menimbulkan rasa kurang senang oleh netizen.

Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen tidak enak ketika live itu berlangsung dan Nur Nilam Ortiz sememangnya terkejut melihat reaksi penonton di siaran langsung itu.

Bahkan, Nur Nilam berasa hairan bagaimana Ira mampu menghadapi pelbagai cacian dan kritikan pedas selama ini.

Dapat dilihat dalam live tersebut, Ira yang memakai baju serba merah hanya senyum dan mendiamkan diri duduk di sebelah Nur Nilam.

Bahkan meminta isteri pelakon itu bertenang agar tidak melayan segala kritikan yang dilontarkan untuk dirinya.

Kenyataan tersebut sememangnya membuatkan perasan ingin tahu dari kalangan netizen membuak-buak serta tidak sabar untuk menunggu cerita daripada Ira Kazar.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/dah-terima-ikhlas-tak-boleh-cakap-lebih-lebih-hanya-senyum-dalam-live-ira-kazar-akui-dah-terima-kifarah/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *