Pelakon Sharnaaz Ahmad ketika satu siaran langsung Instagram berkata bekas isterinya,  Noor Nabila adalah seorang wanita kuat dan mampu menghadapi dugaan bercerai kali ketiga ini.

“Insya-Allah, dia okey, jangan risau”, ujar Sharnaaz ketika mengulas mengenai perceraian Nabila dan Engku Emran.

Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana.
Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo 3 ini juga menasihatkan orang ramai agar tidak campur tangan sehingga menimbulkan fitnah terhadap individu yang terjejas dengan isu ini.
Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019 sebelum berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.
Noor Nabila kemudian bernikah dengan usahawan Engku Emran pada Mac 2021 sebelum bercerai pada 25 September 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/perceraian-ketiga-dia-okey-jangan-risau-sharnaaz-ahmad-titip-pesanan-buat-noor-nabila-anggap-wanita-kuat/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *