Pempengaruh, Aisar Khaled menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini selepas dia membelikan motor baru untuk penghantar makanan yang tular baru-baru ini.

Terbaru, selepas menghadiahkan motor kepada penghantar makanan itu Aisar meraih perhatian sekali lagi selepas dia membelikan motor untuk individu yang merakamkan kejadian tular itu pula.

Bagaimanapun, tindakan Aisar itu mengundang persoalan bagi sesetengah individu di laman sosial yang menyoal tentang halal dan haram.

Seorang individu bertanya jika niatnya untuk membantu kerana duitnya didakwa datang daripada hasil menjalankan perniagaan trading.

Menjengah komen warganet, ramai yang memberi respon mengikut pengetahuan masing-masing berkenaan isu berkenaan.

Rata-ratanya berkata ia halal bagi penerima itu meskipun jika duit yang digunakan untuk membeli motor tersebut datang daripada sumber yang haram.

komen

Segelintir daripada mereka juga akui turut tertanya-tanya tentang hal yang sama dan berharap ada pihak yang lebih arif memberikan penerangan.

Meskipun begitu, ada yang mengajak orang ramai bersangka baik dan mungkin duit yang digunakan oleh Aisar untuk bersedekah itu datang daripada sumber lain (bukan trading).

kreadit : beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *