Pelakon jelita, Intan Najuwa tampil membidas kenyataan seorang individu yang memerlinya gara-gara bernikah dengan lelaki ‘tua’.

Intan Najuwa berbuat demikian dalam satu sesi ‘live’ TikTok di mana dia menempelak sikap individu yang mencemuhnya kerana bertemu jodoh dengan suami, Datuk Ahmad Asraf,39.

Kata Intan, orang yang mempunyai IQ rendah sahaja yang akan membuat lawak bodoh seperti itu.

Sekadar info, Intan telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman dengan sekali lafaz pada 18 Ogos lalu.

Aktres itu menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.

SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/ingat-terpaling-lawak-manusia-iq-rendah-disindir-kahwin-dengan-lelaki-tua-intan-najuwa-bagi-ayat-pedas/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *