Pelakon dan juga pelawak, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin tampil meninggalkan pesanan buat pasangan selebriti, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann.
Pesanan berbaur kurang senang itu dibuat Mat Over setelah Janna dilihat membuat aksi romantis iaitu memeluk Dini ketika berada di lapangan terbang, baru-baru ini.

Pelawak berusia 71 tahun itu menegur pasangan itu yang didakwa bermesra secara terbuka di tempat awam dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan.

Kata netizen, Mat Over seperti cemburu melihat kemesraan pasangan selebriti itu yang sememangnya dikenali sering menunjukkan kebahagiaan di media sosial.

Terdahulu, Janna dirakam berpelukan dengan Dini di KLIA sebelum berpisah kerana tuntutan kerja di tanah suci Mekah.
Mat Over sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah menampar penerbit David Teo ketika sesi siaran langsung sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama mantan perdana menteri, Daruk Seri Najib Razak pada tahun 2017 yang lalu.
SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/tunggulah-balasan-allah-mat-over-kirim-pesanan-buat-janna-nick-dan-dini-schatzmann/