Khairy Jamaluddin yang dulu merupakan Menteri Kesihatan dan kini menjadi penyampai radio memberitahu bahawa berlakunya konflik di antara dirinya serta rakan penyampai radio, AG.

Khairy atau lebih mesra dipanggil sebagai KJ memaklumkan di laman TikTok berkenaan hal itu selepas seorang pengguna bertanya sebab tidak ‘on-air’ di stesen radio Hot FM.

Kata-kata itu telah menimbulkan rasa tanda tanya di kalangan netizen serta pelbagai reaksi susulan konflik yang dikatakan itu.

Bagaimanapun, KJ mengambil keputusan untuk tidak memberitahu secara lanjut berkenaan konflik yang berlaku itu.

Sementara itu, pihak Hot FM dan Media Prima Audio (MPA) sedang meneliti hal ini secara lanjut dan berharap semua kekal tenang.

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/selagi-tak-selesai-saya-tak-kembali-tak-on-air-di-hot-fm-kj-dedah-ada-konflik-dengan-ag/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *