Gara-gara hangat tentang perkahwinan kedua pempengaruh dikenali sebagai Abang Tesla, jurumakmal perubatan yang mesra dipanggil Madnor mendedahkan satu fakta tentang kesuburan.

Madnor yang mempunyai tugas menganalisa air mani itu mengulas tentang isu suami berkahwin satu lagi kerana tidak dikurniakan zuriat dengan isteri pertama.

Katanya, ramai lelaki yang mempunyai masalah kesuburan atau kualiti sperma mereka dan dia juga mengingatkan suami untuk tidak meletakkan salah itu pada isteri semata-mata.

Dia turut mencadangkan agar mana-mana pasangan yang belum dikurniakan anak untuk membuat pemeriksaan untuk mencari tahu punca masalah kesuburan.

Madnor juga berkata seseorang yang mahu berpoligami perlulah untuk refleksi diri sendiri atau individu di sekeliling sebelum membuat keputusan.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/mari-saya-periksa-air-mani-abang-isu-kahwin-dua-sebab-anak-jurumakmal-dedah-ramai-lelaki-ada-sperma-bermasalah-teruk/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *