Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang wanita yang didakwa sering menganggu rumah tangga mereka sehingga tergamak menghantar sihir pemisah.
Dakwa Nilam, wanita itu mengaku ada menghantar sihir dan pernah mengirimkan video-video lucah bersama suaminya itu sebelum ini.

Tidak tergugat dengan ugutan dan ancaman wanita itu, Nilam menerusi TikTok berkata dia sama sekali tidak ‘melantun’ sebaliknya perbuatan itu hanya menunjukkan bahawa betapa rendahnya maruah individu itu seabgai seorang wanita.
Nilam juga menafikan bahawa dia cuba untuk memburukkan suaminya dan menganggap setiap orang pernah melakukan kesilapan.


Difahamkan, Nilam dan Azlan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada Mei lalu berkenaan gangguan pihak ketiga dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.