Tular video Fyna bersama Zainal keluar makan.

Kuala Lumpur: Penyanyi Fyna Jebat, 29, dan bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, yang juga bekas jurulatih bola sepak Liga Super Malaysia menjadi perhatian warga maya selepas tular video mereka keluar makan bersama di media sosial, hari ini.

Difahamkan pasangan sensasi itu menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Damansara Utama, sebagaimana dikongsi sebuah portal hiburan dengan kapsyen, Fyna dan Zainal kelihatan mesra ketika menjamu selera berdua.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu terkejut kerana tidak menyangka pasangan ini masih rapat dan berhubungan baik walaupun didakwa sudah berpisah pada awal Mei lalu.

“Wowwww,” tulis seorang netizen seakan terkejut dengan video yang kini tular di Tik Tok itu.

“Orang tu nak sorok-sorok, kau pula bagi kantoi,” komen seorang lagi netizen”

Pada 7 Ogos lalu, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang juga kakak Fyna memberitahu dia sudah tiga bulan tidak berhubung dengan adiknya itu yang dianggap masih dalam tempoh bertenang.

“Fyna kini mungkin masih dalam tempoh bertenang. Saya pun sudah tiga bulan ‘lost contact’ (tidak berhubung) dengannya. Dia menghilangkan diri. Tak jawab telefon dan tak jawab mesej juga.

“Kira-kira dua bulan lalu, dia (Fyna) memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula, tapi dia terus senyap sampai sekarang,” katanya kepada media.

Ayda berkata, dia pun kalau boleh tidak mahu masuk campur dalam kisah peribadi adiknya itu.

Katanya, dia sedia membantu Fyna dari segi karier seni seperti nak buat lagu ke atau berlakon drama.

Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi hangat apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu serta tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Ketika menyertai program Famili Duo di TV3 pada 8 Januari lalu, kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai apabila Fyna sendiri mengesahkan status perkahwinan mereka kepada media.

Bagaimanapun, Zainal sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan bahagia dengan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup itu.

Apapun, difahamkan perkahwinan Zainal dan Fyna hanya bertahan hampir empat bulan dan berita perceraian pasangan ini mula diperkatakan awal Mei lalu dan ia juga disahkan oleh saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

kreadit : muraikepochi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *