Rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu tidak dapat dipertahankan oleh pasangan selebriti, Aziz M. Osman dan isteri, Puteri Lily.

Difahamkan, pengumuman perpisahan mereka diumum sendiri di laman Instagram.

Kata Puteri Lily, sejak kebelakang ini ramai yang bertanya berkenaan status perkahwinan mereka dan kerana itu dia memberitahu, demi elak fitnah di masa akan datang.

Biarpun mengambil keputusan untuk bercerai, Puteri Lily memberitahu dia dan Aziz berpisah dalam keadaan baik awal bulan lalu.

Sekadar info, Aziz M. Osman dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada tahun 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

APPLY AT :- https://beautifulnara.com/terkini-tiada-orang-ketiga-aziz-m-osman-puteri-lily-umum-cerai/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *