Penyanyi Shila Amzah meluahkan kesedihan di atas pemergian bakal ibu mentuanya, Allahyarhamah Rohani Jamal yang meninggal dunia petang semalam.
Kata Shila, arwah yang menghidap penyakit barah disenangi ramai orang dan dia sendiri akui gembira dapat mengenali ibu kepada Ubai itu.
Malah, Shila atau Sha sangat terkesan dengan pemergiannya kerana arwah setia mendengar keluhan dan ceritanya sebelum ini.

Bakal melangsungkan pernikahan dengan Ubai minggu depan, Sha juga mengucapkan terima kasih kepada ramai yang memberikan ruang kepadanya di waktu sukar ini.

hila juga berjanji kepada arwah bahawa dia akan menjaga Ubai dan adiknya yang masih bersekolah, Alieya dengan baik.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/bakal-nikah-minggu-depan-shila-amzah-terkesan-pemergian-ibu-ubai-semua-dah-siap-dah-mak-takde-nanti/