Seperti yang ramai tahu, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shamsul Baharin sejak tahun 2018.

Walau bagaimanapun, selepas hampir 8 tahun bergelar isteri, Elizad dan suaminya masih belum dikurniakan zuriat.

Terkini, penyampai radio berusia 39 tahun itu berkesempatan untuk bertemu dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di Instagram, Elizad meluahkan rasa terharu apabila Permaisuri Agong yang baru sahaja pulang mengerjakan haji telah mengusap perutnya.

Bukan itu sahaja, Permaisuri Agong turut mendoakan agar pelakon Sehelai Selendang Putih itu dikurniakan cahaya mata.

Dalam pada itu, Elizad mengucapkan terima kasih kepada Permaisuri Agong atas keprihatinan dan doa yang tidak henti-henti untuknya.

Sumber Asal :- 8 Tahun Kahwin Tak Ada Zuriat, Perut Siti Elizad Diusap Permaisuri Agong – “Saya Baru Balik Haji Ni..” (beautifulnara.com)

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *