Pasangan selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Alif Hadi dan Yasmin Hani sememangnya diketahui sering saja berkongsi momen romantis mereka di media sosial.

Meskipun begitu, aktor Alif Hadi yang ditemui Kosmo berkata dia masih belum membuat keputusan untuk menamatkan zaman dudanya bersama Yasmin Hani.

Dia juga mengakui sedikit rimas apabila sering diajukan soalan mengenai perubahan status duda kepada suami orang itu daripada peminat dan media.

Kata Alif, banyak perkara perlu diperbaiki kerana dia enggan kesalahan lama berulang daripada perkahwinan lalu yang dibina lebih enam tahun sebelum musnah pada tahun 2018.

Ujarnya, dia memang sukakan budak-budak sekaligus menjadikan tugas untuk menyayangi dan memantau anak-anak Yasmin Hani iaitu Noah dan Eissa menjadi mudah dan menyenangkan.
“Saya memang suka budak-budak dan boleh melayan mereka. Tanggungjawab saya dalam masa sama untuk memantau mereka” maklumnya lagi.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/saya-masih-cuba-ditanya-bila-akan-kahwin-dengan-yasmin-hani-alif-hadi-komen-bukan-masanya-lagi/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *