Usahawan dan selebriti popular, Neelofa bersikap terbuka jika adiknya Ameera Khan bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan berasal dari Malaysia.

Menurut laporan Astro Gempak, ia susulan spekulasi bahawa adiknya yang berusia 23 tahun itu didakwa menjalin hubungan cinta bersama aktor dari Indonesia iaitu Jefri Nichol.

“Saya mana-mana pun ok. Asalkan sesuai dan baik… serta boleh membimbing dia. Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik.
“Kalau dapat orang yang betul, yang boleh bantu dan guide dia, dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, bekas pengacara MeleTOP itu memaklumkan, dia tidak mengetahui tentang identiti aktor tersebut yang kerap ‘diseru’ dalam kalangan warganet Indonesia.

“Tak aware (mengenai spekulasi hubungan Ameera dan Jefri). Tapi saya tahu banyak warga Indonesia meninggalkan komen di Instagram Ameera. Itu pun Ameera sendiri yang kongsi dengan saya.
“Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut mengulas berhubung tindakan Ameera yang memuat naik gambar pakaian dalam di media sosial sehingga menerima kecaman hebat baru-baru ini.

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa bersikap terbuka jika adiknya Ameera Khan bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan berasal dari Malaysia.

Menurut laporan Astro Gempak, ia susulan spekulasi bahawa adiknya yang berusia 23 tahun itu didakwa menjalin hubungan cinta bersama aktor dari Indonesia iaitu Jefri Nichol. https://www.instagram.com/reel/CqsRmkVv2tH/embed/captioned/?cr=1&v=14&wp=658&rd=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc&rp=%2Fkalau-dapat-orang-yang-betul-ameera-boleh-jadi-isteri-yang-baik-neelofa#%7B%22ci%22%3A0%2C%22os%22%3A246%7D

“Saya mana-mana pun ok. Asalkan sesuai dan baik… serta boleh membimbing dia. Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik.
“Kalau dapat orang yang betul, yang boleh bantu dan guide dia, dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, bekas pengacara MeleTOP itu memaklumkan, dia tidak mengetahui tentang identiti aktor tersebut yang kerap ‘diseru’ dalam kalangan warganet Indonesia.

“Tak aware (mengenai spekulasi hubungan Ameera dan Jefri). Tapi saya tahu banyak warga Indonesia meninggalkan komen di Instagram Ameera. Itu pun Ameera sendiri yang kongsi dengan saya.
“Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut mengulas berhubung tindakan Ameera yang memuat naik gambar pakaian dalam di media sosial sehingga menerima kecaman hebat baru-baru ini.

Neelofa menjelaskan, adiknya yang juga personaliti media sosial itu boleh menerima nasihat terutama daripada dirinya serta seorang lagi adik-beradik mereka, Aqief.

“Kalau dalam kalangan adik-beradik, dia akan selalu dengar cakap saya dan Aqief. Saya pun tahu hal tersebut (gambar coli merah) daripada media sosial.
“Kami memang ada family group, cuma jarang berjumpa lebih-lebih lagi sudah tinggal berasingan. Jadi, kami ada plan nak jumpa dia esok (hari ni). Sebab dia pun baru saja pulang dari luar negara,” jelasnya.

kreadit : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *