Baru-baru ini, video yang memaparkan pelakon Taiwan bernama Benjamin Wong menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan oleh wanita tersebut telah menarik perhatian netizen.

Difahamkan dari laporan Kosmo, juadah tersebut digorengkan selepas isterinya melahirkan anak mereka.

Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh pelakon tersebut di laman Instagram dan membuat kapsyen bahawa memakan plasenta boleh memulihkan badan, lalu menunjukkan cara-cara memasak juadah berkenaan.

pelakon bagi isteri makan plasenta

Dalam video tersebut, Benjamin menunjukkan kemahiran memasaknya dengan membuat dokumentasi menggoreng plasenta berkenaan.

Pada mulanya, dia mencuci plasenta tersebut dan mengeluarkan selaput kelabu yang menutupi plasenta itu, lalu memotong menjadi kepingan kecil sebelum memasukkannya ke dalam air untuk merebus.

Selepas selesai memasak, Benjamin memuji makanannya itu sedap tetapi isteri merasakan ia hanyir tetapi kali kedua merasa masakan itu, isteri berpendapat plasenta tersebut agak sedap serta rangup.

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/cara-pulihkan-badan-lepas-bersalin-kembang-tekak-pelakon-goreng-uri-sebelum-bagi-isteri-makan/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *