Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mengarahkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Memetik laporan Kosmo!, mahkamah menetapkan tarikh 22 Jun ini untuk laporan pemerhatian kesihatan mental itu.

yasin sakit mental

Terdahulu, peguam yang mewakili Yasin mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah iaitu Ariff Azami Hussein berkata, pihaknya mempunyai asas yang kuat agar kesihatan mental Muhammad Yasin Sulaiman diperiksa oleh pakar psikiatri.

Peguam juga mengemukakan lima laporan perubatan mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *