Kuala Lumpur: Pelawak, Shuib memberitahu anak sulungnya, Uwais Alqarni tidak memakai baju sedondon ketika majlis pertunangannya kerana baju Melayu yang tempah tidak muat. Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 39, berkata, anaknya terpaksa memakai baju berbeza warna dengan adik-beradik yang lain kerana baju dan seluarnya sudah ketat.

“Dia pakai baju merah sebab baju yang saya tempah untuknya dah tak muat.

“Lepas dua minggu beraya, seluar Uwais dah ketat dan sangkut di bahagian punggung,” kata Shuib menerusi Tiktok.

Uwais (kiri) tidak memakai pakaian warna sama
Uwais (kiri) tidak memakai pakaian warna sama

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Uwais yang sedang menyarung baju Melayu berwarna hijau itu, namun tidak berjaya kerana terlalu ketat.

Terdahulu, penampilan anak sulung Shuib memakai baju Melayu berwarna merah mencetuskan pelbagai spekulasi oleh peminat.

Shuib melangsungkan majlis pertunangan dengan Watie, 35, dalam majlis tertutup di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *