Farid Kamil. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: Farid Kamil, 42, memohon maaf kepada ibu mentuanya, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle berhubung kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga, ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.

Farid menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi berkata, dia menarik balik kenyataan yang disifatkan ada hubung kait dengan pihak ketiga.

“Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga. Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).

“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” tulisnya di Instagram Story.

Semalam, Farid ketika ditemubual media di perkarangan mahkamah mendakwa dia terkejut apabila ibu mentuanya Norsiah Ramli tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.

Farid berkata, pada 2019 wanita itu diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka dan bertindak memutuskan hubungan dengan wanita itu.

Menurut Farid, dia sudah tidak dapat menghubungi ibu mentuanya dan mendakwa Diana menghalau wanita itu dari rumah mereka pada 2019.

Semalam, Farid menawarkan empat tawaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.

Ia membabitkan sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000, dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan sudah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000

kreadit : ohmetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *