Kuala Lumpur: Penerbit Datuk A Aida, 53, dan pelakon, Amelia Henderson, 27, tiba di Mahkamah Tinggi, di sini, bagi prosiding keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum ini.

A Aida yang hadir ditemani pihak pengurusannya berharap keadilan berpihak kepadanya dan kes selesai sebaiknya.

“Kita doa yang baik-baik sajalah. Semoga beroleh kemenanganlah,” katanya.

Amelia yang tiba beberapa lebih minit lebih awal menyerahkan kepada peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakilinya selaku defendan untuk apa-apa keputusan hari ini.javascript:false

“Saya nak pergi bercakap dengan peguam dulu, kemudian baru saya kongsikan dengan kamu selepas itu,” katanya sewaktu disapa media di perkarangan pintu masuk mahkamah, tadi.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Sewaktu perbicaraan, seorang pengurus produksi dari syarikat penerbitan itu memberitahu A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara itu, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon itu.

Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *