Kuala Lumpur: Pelakon Syida Melvin menepis dakwaan dirinya bergaduh dan tidak sebulu dalam dunia perniagaan dengan adik-beradik lain yang juga selebriti terkenal, Syatilla Melvin dan Syifa Melvin apabila dilaporkan bergerak secara solo. 

Enggan mengeruhkan keadaan yang berlaku, Syida,26, yang sebelum ini mengusahakan produk kosmetik dengan tiga lagi adik-beradiknya sekadar mahu memberanikan diri bergerak solo memulakan produk baharu selain enggan terlalu bergantung dengan orang lain. 

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman itu membuatkan saya yakin menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.

“Tidak mungkinlah kami bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami sudah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru nak membangunkan produk berasaskan kopi, Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” katanya.

Menurut Syida, perniagaan yang diusahakannya itu turut dijalankan bersama suami tercinta, Shafiq Shaheen. 

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Kredidt: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *