Seharian bekerja menghadap laptop, di rumah pula scroll media sosial untuk mengikuti isu semasa. Tapi bila lama sangat, mata mula berair, merah dan paling teruk, gatal. Rasa nak genyeh je mata sebab gatal sangat.
Tapi tahu tak, sebenarnya mata yang gatal, berair dan rasa seperti terbakar adalah tanda-tanda masalah mata kering yang teruk. Jangan pandang ringan, benda ni, baik rawat sebelum parah.
Dah bermacam-macam jenis ubat titis mata dicuba, tapi hasilnya masih sama? Ini kerana korang perlukan ubat titis mata yang lebih berkesan untuk menangani masalah ini.
Teknologi termoden dari Jepun
Untuk menangani masalah mata kering ini, jenama ubat titis mata terkemuka, Rohto memperkenalkan teknologi TearShield dari Jepun yang bertindak secara unik untuk menyimpan kelembapan. Kelembapan pada lapisan air mata bertindak pada setiap lapisan untuk menyerupai air mata semulajadi bagi mengelakkan geseran dan air mata tersejat.
Melegakan 8 tanda-tanda mata kering
Rohto Dry Aid Advanced Eye Relief melincirkan dan melegakan 8 tanda-tanda mata kering seperti:
-Kekeringan
-Kesakitan
-Gatal
-Iritasi
-Kesat
-Menyengat
-Keletihan
-Kabur
Ubat mata Rohto Advanced Dry Aid ini berfungsi dengan cepat untuk melegakan simptom ini sehingga 12 jam. Hasilnya, mata lebih lega, selesa dan lembap lebih lama.
Selesa, mudah digunakan
Ubat mata Rohto Advanced Dry Aid didatangkan dalam botol senang digunakan bersama nozzle unik untuk aplikasi lebih tepat.
Untuk memastikan keselamatan penggunanya, hanya air tulen yang memenuhi standard Japanese Pharmacopoeia digunakan dalams setiap botol.
Ubat mata Rohto Advanced Dry Aid boleh didapati di farmasi seluruh Malaysia atau secara online.
Kreadit : ohmedia.my