SHAH ALAM: Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, kira-kira jam 10.49 pagi bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz memakai kemeja berwarna merah gelap diiringi keluarganya.

“Alhamdulillah, saya akan kongsi nanti,” kata Hafidz kepada lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi yang berkumpul di pekarangan mahkamah untuk membuat liputan, seawal jam 8 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan bersama kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *