Terdahulu, nama pempengaruh media sosial Bosskay telah mendapat perhatian orang ramai selepas betindak melafazkan cerai terhadap isterinya, Cik Pia menerusi hantaran video di WhatsApp.
Menerusi video tersebut, Bosskay atau Kay Azlee menceraikan isterinya dengan talak dua selain turut sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Cik Pia.
Tampil memberi respon, usahawan itu meluahkan rasa hairan apabila video berkenaan tular di media sosial memandangkan dia hanya menghantar video tersebut secara peribadi kepada isterinya.
Menerusi ciapan di Twitter, bekas pekerja dikenali sebagai Ain Hikmah itu mendedahkan sikap bekas majikannya itu yang sangat sukakan perhatian.
Tambahnya lagi, Ain bersyukur membuat keputusan tersebut kerana terdapat pekerja yang menghadapai masalah KWSP yang tidak dibayar oleh Bosskay selain diberhentikan sebelum mendapat bonus.