Pelakon Fasha Sanda mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya akibat terjatuh selepas ditolak ketika melakonkan satu babak drama Anak Tuan yang sedang dalam penggambaran.

Aktres berusia 39 tahun itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pakar di Johor Bahru, Johor semalam untuk mendapatkan rawatan dan disahkan patah tulang mata kiri selain bebola mata bengkak dan berdarah.

Insiden itu berlaku ketika dia menjayakan babak bersama Azhan Rani dan ia menyebabkan mata serta kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.

Menerusi Instagram Fasha, rakaman ketika penggambaran babak tersebut dimuat naik di mana Azhan boleh didengari memohon maaf kepadanya yang sedang menangis menahan sakit.

Ramai netizen termasuklah rakan selebriti mengucapkan takziah dan mendoakan agar Fasha sembuh seperti sedia kala. Malah, ramai turut bersuara bahawa ini adalah antara pengorbanan yang dilalui anak seni dalam menjayakan watak.

Dalam pada itu, sesetengah netizen di ruangan komen pula mengkritik Azhan dan mendakwa dia terlalu menjiwai watak sehingga menyebabkan kemalangan yang menimpa Fasha.

Bagaimanapun, ramai yang menyebelahi aktor itu dan berkata para pelakon kebiasaannya sudah melalui proses rehearsal terlebih dahulu.

Segelintir individu pula mengkritik pihak produksi kerana tidak memastikan persekitaran yang selamat sebelum babak sebegitu dilakonkan.

Sementara itu, Fasha berkata tidak perlu untuk menuding jari kepada sesiapa kerana insiden sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangka.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/fasha-sandha-cedera-ketika-shooting-ada-netizen-salahkan-azhan-rani-agak-agak-la-nak-menjiwai-watak-pun-kuat-sangat-lempar-tu/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *