Kuala Lumpur: Pelakon Aidil Aziz enggan menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak susulan insiden kemalangan yang menimpa isterinya, Fasha Sandha ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan di Johor Bahru, Johor, semalam.

Aidil atau nama sebenarnya, Mohd Aidil Abdul Aziz berkata, apa yang lebih penting saat ini adalah kesembuhan isterinya yang mengalami kecederaan di bahagian mata kiri. 

“Saya tak sempat fikir benda lain, apa yang penting adalah keadaan Fasha. Saya mohon tolong doakan agar Fasha diberi kekuatan.

“Pihak produksi juga sudah menghubungi saya untuk memohon maaf. Perkara ini pun sudah terjadi, jadi nak cerita lebih tak ada guna,” katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Aidil, pihaknya sedang berusaha memindahkan Fasha ke hospital di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Fasha masih dirawat di Johor Bahru dan menunggu keputusan daripada doktor sama ada dibenarkan untuk dibawa ke Kuala Lumpur atau tidak.

“Sekarang ini saya masih di Kuala Lumpur dan sedang bersedia sekiranya Fasha dibenarkan untuk mendapatkan rawatan susulan di sini,” katanya.

Tambah Aidil, keadaan isterinya dilaporkan stabil dan dinasihatkan untuk berehat.

Terdahulu, menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) pihak pengurusan Fasha, memaklumkan, tulang mata kirinya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

Menerusi video yang dikongsikan, Fasha turut dikejarkan ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *