Sejak kebelakangan ini, netizen seakan-akan sering memberi perhatian terhadap fizikal pelakon wanita, Datin Almy Nadia gara-gara kini dia kelihatan berisi berbanding sebelum mempunyai cahaya mata.

Suaminya iaitu pelakon, Datuk Fizz Fairuz pernah menjawab bahawa dia sama sekali tidak kisah dengan perubahan isteri tetapi sesetengah netizen masih bersifat ‘kepoh’ mahu ikut campur hal peribadi pelakon itu.

Terbaru, Almy ada berkongsikan hantaran paid review di Instagram dan dapat dilihat ada sesetengah netizen memberi ‘nasihat’ terhadap aktres itu untuk melakukan pembedahan bariatrik.

Individu yang kononnya menasihati ibu kepada 4 orang cahaya mata itu untuk membuat pembedahan bariatrik kerana tidak mahu dia hidap penyakit-penyakit yang tidak diingini serta tampil bertenaga semula.

Komen berkenaan telah mendapat perhatian Almy untuk membalasnya dan dengan nada memerli, pelakon itu tidak kisah untuk melakukan pembedahan bariatrik tetapi bersyarat.

Syarat yang diletakkan adalah individu yang beri cadangan tersebut perlu sediakan pembantu rumah yang boleh bekerja dari jam 5 pagi hingga 10 malam, dua orang pemandu bermula 6 pagi hingga 7 malam.

Dalam pada masa yang sama, Almy menjelaskan dirinya tidak boleh menjalani pembedahan pemotongan usus kerana masih menyusukan anak bongsu dan jika individu tersebut mahu dia tetap meneruskan pembedahan berkenaan, dia perlu menyusukan anak kecil Almy.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/buat-sebelum-penyakit-menjenguk-netizen-gesa-almy-nadia-buat-pembedahan-potong-usus-supaya-nampak-muda-bertenaga/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *