Pelakon, Rozita Che Wan menegur sikap sesetengah golongan isteri yang meletakkan semua kesalahan pada orang ketiga atau penyondol setiap kali terjadi masalah kecurangan dalam rumah tangga.

Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, suami juga turut bersalah dalam hal ini kerana hubungan sulit tidak akan tercetus sekiranya kedua-dua tidak memainkan peranan.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin turut terbabit dalam isu tersebut.

Dalam pada itu, pelakon 4 Madu itu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir golongan isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga di dalam media sosial.

Bukan itu sahaja, Che Ta berpendapat bahawa perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/jangan-salahkan-penyondol-je-suami-pun-sama-che-ta-tegur-sesetengah-golongan-isteri/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *