KUALA LUMPUR: Pelakon Zara Zya, 38, berkongsi, belum masa berkongsi lebih lanjut mengenai foto memperlihatkan dirinya disarungkan cincin seperti dirisik atau bertunang seperti hangat diperkatakan dalam laman sosial.
Dalam masa sama, Zara tidak menidakkan atau mengiyakan persoalan sama ada sudah bergelar tunangan orang.
Kata Zara, dia memutuskan tidak mengulas lanjut dan hanya memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya.
“Kalau boleh saya mahu diam sahaja. Jadi, saya minta maaf saya tak boleh berikan apa-apa komen buat masa ini.
“Apabila bila tiba masanya, saya akan berkongsi dengan semua.
“Apa yang boleh dikatakan sekarang, doa yang baik-baik buat saya. Apa-apa pun, terima kasih kerana prihatin,” katanya ringkas kepada BH Online.

Terdahulu, tular foto Zara yang berbusana serba putih sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita berbusana hitam.
Sebelum ini, Zara mengakui dirinya kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Memberi bayangan seolah-olah hati sudah dimiliki, Zara tidak menafikan bakal mendirikan rumah tangga, tahun ini.
Malah, Zara juga pernah dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib selain pernah digosipkan dengan rakan baiknya yang usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Kredit: Berita Harian