Ketika ini, nama Shuib dan Watie menjadi bualan hangat di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat apabila mereka sedang dalam fasa mengenali satu sama lain.
Malah, Shuib membuatkan ramai teruja apabila dia seolah-olah memberi bayangan bakal menjadikan Watie isterinya tidak lama lagi.
Selepas satu tahun lima bulan pemergiaan arwah, ramai masih teringat tentangnya dan kehadiran Ayash memberi kegembiraan serta mengubat rindu orang ramai terhadap ibunya.
Beberapa hari lepas, Ayash yang kini berusia satu tahun lebih itu mencuri tumpuan apabila dia seperti sedang belajar pergerakan solat.
Menerusi video di Instagram, Ayash dilihat mengikut cara bersujud dan duduk tahiyat akhir namun sebaik ternampak dirinya dirakam dia mengalihkan badan dari kamera.
Bukan itu sahaja, video dimuat naik oleh ibu tiri arwah di TikTok juga menyentuh hati ramai netizen apabila Ayash dilihat sudah mula ‘bertatih’.
Ayash sendiri dilihat begitu seronok apabila sudah mula pandai berjalan dikelilingi oleh bapa, atuk dan adik beradiknya yang lain.
Rata-ratanya gembira melihat perkembangan anak arwah dan akui merindui penyanyi itu serta perwatakannya yang ceria serta suka ketawa.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir tiga hari selepas melahirkan Ayash akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.