KUALA LUMPUR: Filem bergenre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 2 Februari lalu.

Penerbit Flying Deals Sdn Bhd, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, pihaknya menjangkakan kutipan akan terus meningkat pada musim cuti persekolahan ini.

“Alhamdulillah, pawagam pun bersedia untuk menambah tayangan filem Coast Guard lebih lama lagi.

“Setakat ini, lebih 145 pawagam menayangkan filem ini di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

“Melihatkan sambutan penonton, kami menjangkakan filem ini akan ditayangkan dalam tempoh dua minggu lagi di pawagam,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hady Yusry menjangkakan kutipan akan terus meningkat pada musim cuti persekolahan ini.
Muhammad Hady Yusry menjangkakan kutipan akan terus meningkat pada musim cuti persekolahan ini.

Muhammad Hady Yusry berkata, buat masa ini, pihaknya giat menjayakan kempen dan promosi termasuk di stesen televisyen, radio dan platform online untuk filem Coast Guard di seluruh negara.

“Selain itu, kami ada sesi bertemu peminat di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur, contohnya di Mid Valley,” katanya.

Ditanya komitmen pelakon, kata Muhammad Hady Yusry, semua barisan pelakon termasuk gandingan watak utama, Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin memberikan komitmen bagus untuk turun padang mempromosikan filem kepada orang ramai.

“Kami baru kembali dari Sandakan, Sabah sempena ulang tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan tayangan filem Coast Guard di sana.

“Ramai penonton teruja untuk menonton filem ini kerana menyedari bidang tugas Maritim Malaysia sangat mencabar untuk menjaga perairan negara,” katanya. – HM Online

Krdite: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *