Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa ditemani suami barunya, Aliff Awang ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk perbicaraan pertama berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suami, Adam Shahz.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai dilihat memuat naik video di laman TikTok seolah-olah memerli bekas suami Fatin.

Tampil memberi respon, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli bin Abdol Ghani berkata dia tidak mengetahui tentang video tersebut sehingga dikirimkan oleh seseorang kepadanya.

Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendiamkan diri.

Dalam pada itu, Adam mengakui sudah lali diperlakukan sebegitu selepas hampir 5 tahun menjadi bekas suami kepada Fatin.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *