Usahawan Mawar Karim mengakui kehidupannya sekarang ini jauh lebih bahagia daripada yang sebelum ini dan seolah-olah memberi bayangan bahawa diri banyak menanggung kehidupan keluarga sewaktu bergelar isteri.

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, tetapi pendedahan tersebut seperti ditujukan kepada seseorang yang pernah menakluki hatinya.

status Mawar Karim

Mawar berkata sedemikian semasa membalas komen seorang individu di Instagram yang mengatakan dirinya sudah tidak secantik sewaktu masih bersama bekas suami, Fizo Omar.

Bukan itu saja, individu itu turut memerli usahawan terbabit dengan mengaitkan kehidupan Fizo kini jauh lebih bahagia bersama isteri baru, Fazeera Nazri.

Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam. Namun jodoh tidak panjang, mereka memutuskan untuk berpisah pada tahun 2019.

Sumber Dari :- “Hidup Sekarang Lebih Tenang Dibandingkan Dulu, Faham-Faham Sendirilah” – Mawar Karim (beautifulnara.com)

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *